Tuesday 2 October 2012

MY BIODATA

   Nama saya Mohamad Zulhilmi bin Razali. Saya tinggal  di Kampung Pulau Serai 23000 Dungun , Terengganu.Saya dilahirkan pada tanggal 9 september 1992 di Hospital Besar Kuala Terengganu. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan menyambung pengajian di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.Saya telah mengambil peperiksaan STPM saya pada tahun 2011 dan keputusan peperiksaan telah keluar pada bulan 3 pada tahun ini. Saya telah mendapat keputusan  sebanyak 2.5 sahaja. Seterusnya saya mendapat peluang menyambung pengajian ijazah saya di Universiti Malaysia Kelantan. Saya mempunyai adik beradik seramai 5 orang dan saya merupakan anak yang kedua. Kakak saya sedang melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia di Negeri Sembilan , adik saya yang ketiga dan yang keempat bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun dan adik saya yang bongsu bersekolah di Tabika Kemas Pulau Serai. Hobi saya di masa lapang adalah melayari internet, mendengar lagu dan membaca buku.Antara buku yang saya suka membaca adalah dari genre aksi, fantasi dan cinta. Makanan kegemaran saya adalah nasi lemak dan minuman kegemaran saya adalah teh o ais.Antara cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang pereka. Nama akaun FACEBOOK saya adalah Ryukiz Zul. Saya telah mendapat tawaran ijazah sarjana muda teknologi kreatif dan warisan di Universiti Malaysia Kelantan.  Saya berada di kelas F3. Antara subjek yang diambil adalah, lukisan, hubungan etnik, english 1, kenegaraan dan pembangunan malaysia dan kebudayaan dan tamadun melayu.  Antara ko-kurikulum yang diambil oleh saya adalah Rekabentuk weblog.  Saya juga suka mendengar lagu sambil melakukan sesuatu kerja . Ini kerana saya akan lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
   Kehidupan saya di alam universiti amatlah berbeza dengan kehidupan di alam persekolahan. Hal ini kerana cara pembelajaran di universiti berbeza dengan di sekolah. Begitu juga dengan cara hidup , yang mana saya terpaksa mengurus diri saya sendiri dari pelbagai aspek seperti kekemasan diri, makan dan minum, solat dan sebagainya. Antaranya ialah saya terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan saya, mengurus waktu belajar dengan bermain dan sebagainya. Saya masih mencuba untuk menyesuaikan diri saya dengan kehidupan baru saya ini. Di universiti, saya mendapat peluang untuk berkenalan untuk berkenalan dengan sahabat baru yang datang dari seluruh pelusuk negeri tidak kira bangsa  melayu , cina , dan india . Pada mulanya, saya juga sedih sebaab terpaksa berpisah debgan rakan-rakan saya yang lain yang mendapat tawaran di universiti lain, akan tetapi perkenalan saya dengan sahabat baru di Universiti Malaysia Kelantan telah sedikit mengubat rindu  di hati. Di alam universiti , saya dapat mempelajari pelbagai perkara baru. Buat masa sekarang, saya dan kawan - kawan saya yang berada di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan ditempatkan di kolej kediaman di Taman Bendahara di Kampus Kota berikutan kolej kediaman di Bachok masih di dalam proses pembinaan, dan kalau tiada apa-apa masalah, saya dan kawan- kawan saya akan berpindah ke bachok dalam bulan januari ini. Di universiti juga, saya diperkenalkan dengan persatuan dan kelab yang ditubuhkan di universiti. Sekian , terima kasih.